KEMPEN INFAQ PEMBINAAN SATU LAGI RUMAH ALLAH DI BANDAR BARU KUALA KRAI KELANTAN.
KUALA KRAI - Alhamdulillah. Berita gembira kepada penduduk sekitar Kuala Krai Kelantan khususnya apabila Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah meluluskan kebenaran pembinaan Masjid Mukim Kechil Bandar Baru Kuala Krai - Masjid Ibnu Batutah.
Tuan Puan tengok surat kelulusan dibawah.
TAPAK PROJEK - Pembinaan Masjib Ibnu Batutah ini mem bolehkan ia menampung 600 jemaah pada satu satu masa dan sebagai perhentian musafir yang melalui Lebuh raya Kuala Krai Gua Musang. Lokasi tapak cadangan masjid ini berhampiran Lebuhraya Kuala Krai Gua Musang iaitu di Taman Guchil Jaya, Kuala Krai.
SOLAT JUMAAT - Apabila Masjid Ibnu Batutah siap dibina kelak, ia mampu menampung 1000 jemaah untuk solat jumaat. Ini mampu mengurangkan kesesakan kepada masjid sekitar. Pelajar sekolah berasrama berdekatan juga tidak perlu ke masjid yang jauh untuk solat jumaat. Alhamdulillah.
PERANCANGAN - Tuan Puan boleh tengok pelan projek dan juga gambaran awal Masjid Ibnu Batutah ini. 3 kawasan utama yang akan dibangunkan adalah,
1. Masjid Utama.
2. Rehat dan Rawat.
3. Taman Rekreasi.
Ini akan menjadikan Masjid Ibnu Batutah sebagai pusat setempat untuk penduduk dan juga sebagai tempat rehat dan rawat bagi musafir yang melalui bandar Kuala Krai.
PENTING - Masjid ini juga berada kawasan tinggi dan InsyaAllah bebas banjir dan boleh dijadikan tempat perlindungan juga bagi mangsa-mangsa banjir di Kuala Krai.
DANA DIPERLUKAN SEGERA - Saya Dr Mohd Azmi Bin Yaacob sebagai Pengerusi Jawatankuasa Masjid Ibnu Batutah menyeru dan merayu sumbangan dana daripada Tuan Puan bagi merealisasikan pembinaan Rumah Allah ini di Bandar Baru Kuala Krai Kelantan.
Dana yang diperlukan adalah sebanyak RM 11 juta. Kenaikan hampir 30% daripada jangkaan awal kos pembinaan yang dibuat pada 2021.
Saya amat berharap Tuan Puan boleh memberikan sumbangan seikhlas hati bagi memastikan pembinaan Masjid Ibnu Batutah berjalan lancar. InsyaAllah.
“Bersedekahlah dan jangan berat memberikan agar Allah tidak memberi kamu dalam jumlah yang terhad; dan jangan menahan hartamu agar Allah tidak menahannya dari kamu. Bersedekahlah semampu kamu.”
(Bukhari & Muslim)
Kutipan Semasa
RM {nilai_semasa}
Sasaran Kutipan
RM {nilai_sasaran}